Perfecting My Recitation

Bacalah Al-Quran Dengan Tartil
وَرَتِّلِ الْقُرْءَانَ تَرْتِيلًا
MENGENAI PMR

Perfecting My Recitation adalah sebuah kursus bacaan Al-Quran yang dijalankan seharian bagi mendedah dan membimbing para peserta kepada tatacara membaca Al-Quran sepertimana ia diturunkan. Kursus ini menekankan ilmu asas iaitu makhraj yang seringkali diabaikan dalam pembelajaran Tajwid di dalam Malaysia. Atur cara kursus ini terbahagi kepada pembelajaran secara teori perkara-perkara yang berkaitan dengan Tajwid serta sesi praktikal yang dibimbingi oleh para fasilitator.

Medium bahasa yang digunakan dalam Perfecting My Recitation adalah Bahasa Melayu.

KANDUNGAN KURSUS

Asas Tajwid

  • Lahn Jali
  • Huruf Hijaiyyah
  • Tafkheem dan Tarqeeq
  • Makhraj Huruf

Bacaan Al-Quran

  • Bacaan Surah Al-Fatihah ayat demi ayat
  • Mengenalpasti kesalahan yang biasa dilakukan

Tajwid Jalan Pintas

  • Nun Sakinah dan Tanwin
  • Qalqalah
  • Pembahagian Madd
  • Tanda-tanda Waqaf

Sesi Praktikal

  • Membaca Al-Fatihah 1-to-1 dengan fasilitator yang terlatih
Kursus Seterusnya
No event found!
Sedutan Kursus PMR

Maklumat Tenaga Pengajar
udr_2022_web_01

Ustaz Mohammad Dzaki bin Rosman merupakan graduan lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak, Selangor yang telah diberi tauliah mengajar Al-Quran oleh JAIS. Beliau merupakan seorang warganegara Malaysia yang telah bersama Al Khaadem sejak lebih 10 tahun yang lalu.

Ustaz Dzaki mempunyai pengalaman belajar Al-Qur’an secara talaqqi dibawah bimbingan Sheikh Ibrahim Al-Arnaout dan telah memperoleh ijazah untuk mengajar bacaan Al-Qur’an dari gurunya. Setelah memperoleh ijazah mengajar, Ustaz Dzaki bekerja sebagai guru bacaan Al-Quran secara sambilan, dan beliau telah mengajar dari tahun 2015 dan sekarang merupakan guru tajwid sepenuh masa di Al Khaadem.

Testimonial
Are you ready to get involved? Find Out about our Programs and Activities