Alienum phaedrum torquatos nec eu, vis detraxit periculis ex, nihil expetendis in mei. Mei an pericula euripidis, hinc partem.

Perfecting My Recitation

Bacalah Al-Quran Dengan Tartil
وَرَتِّلِ الْقُرْءَانَ تَرْتِيلًا
MENGENAI PMR

Perfecting My Recitation adalah sebuah kursus bacaan Al-Quran yang dijalankan seharian bagi mendedah dan membimbing para peserta kepada tatacara membaca Al-Quran sepertimana ia diturunkan. Kursus ini menekankan ilmu asas iaitu makhraj yang seringkali diabaikan dalam pembelajaran Tajwid di dalam Malaysia. Atur cara kursus ini terbahagi kepada pembelajaran secara teori perkara-perkara yang berkaitan dengan Tajwid serta sesi praktikal yang dibimbingi oleh para fasilitator.

Medium bahasa yang digunakan dalam Perfecting My Recitation adalah Bahasa Melayu.

KANDUNGAN KURSUS

Asas Tajwid

  • Lahn Jali
  • Huruf Hijaiyyah
  • Tafkheem dan Tarqeeq
  • Makhraj Huruf

Bacaan Al-Quran

  • Bacaan Surah Al-Fatihah ayat demi ayat
  • Mengenalpasti kesalahan yang biasa dilakukan

Tajwid Jalan Pintas

  • Nun Sakinah dan Tanwin
  • Qalqalah
  • Pembahagian Madd
  • Tanda-tanda Waqaf

Sesi Praktikal

  • Membaca Al-Fatihah 1-to-1 dengan fasilitator yang terlatih
Kursus Seterusnya
No event found!
Maklumat Tenaga Pengajar
20210206-IMG_5520

Ustaz Mohammad Dzaki bin Rosman merupakan graduan lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak, Selangor yang telah diberi tauliah mengajar Al-Quran oleh JAIS dan JAWI. Beliau merupakan seorang warganegara Malaysia yang telah bersama Al-Khaadem sejak lebih 10 tahun yang lalu.

Ustaz Dzaki mempunyai pengalaman belajar Al-Qur’an secara talaqqi dibawah bimbingan Sheikh Ibrahim Al-Arnaout dan telah memperoleh ijazah untuk mengajar bacaan Al-Qur’an dari gurunya. Setelah memperoleh ijazah mengajar, Ustaz Dzaki bekerja sebagai guru bacaan Al-Quran secara sambilan, dan beliau telah mengajar dari tahun 2015 hingga sekarang.

Di samping menjadi guru bacaan Al-Quran, Ustaz Dzaki juga merupakan Ketua Pegawai Media sepenuh masa di Pertubuhan Al-Khaadem ini, di bawah bimbingan Sheikh Hussain Yee.

Testimonial
Kursus-kursus yang lepas
No event found!
Are you ready to get involved? Find Out about our Programs and Activities